Home About Haier News ‘Rumah Pintar’ ...

‘Rumah Pintar’ bersama Haier

04-11 2019

11April_Utusan Online.png


KUALA LUMPUR 11 April - Syarikat barangan elektrik terkemuka, Haier Electrical Appliances Sdn. Bhd. akan mengadakan ‘Jelajah Kembara Serantau Haier’ bagi memperkenalkan produk pintar kepada para pelanggan. 


Jelajah tersebut adalah untuk memberi pengalaman sebenar kepada para pelanggan supaya mereka dapat mengetahui teknologi, kualiti dan gaya hidup yang menarik di rumah mereka.


Pengarah Urusan Haier Malaysia, Shi ZhiYuan berkata, pameran tersebut ingin melibatkan pelanggan dalam kehidupan berinovatif dengan menyediakan platform untuk produk dan perkhidmatan syarikat kepada jenama Haier.



“Jenama elektrik nombor satu dunia ini akan meneruskan langkah industri perkakas rumah yang sedang memasuki zaman baharu iaitu ‘rumah pintar’ dimana semua peralatan rumah berasaskan digital. 



“Kami akan menunjukkan demonstrasi secara langsung kepada pelanggan dan membantu mereka untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan produk pintar yang diperkenalkan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Jelajah Kembara Serantau Haier di Pusat Membeli Belah One Utama dekat sini hari ini. 


Jelajah tersebut akan diadakan di tiga lokasi utama iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 


Tambah Shi ZhiYuan, sebanyak tujuh produk pintar yang diperkenalkan antaranya peti sejuk, icebar, penyejuk beku, mesin basuh, penghawa dingin, televisyen dan peralatan dapur.

“Haier akan terus membuat pembaharuan dan berkhidmat untuk pengguna dengan pelbagai jenis perkakas rumah dengan lebih baik,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Copyright ©2019 Haier Inc.All rights reserved