Home About Haier News 'Jelajah Kembara ...

'Jelajah Kembara Serantau Haier’ khas buat pelanggan

04-11 2019

11April_Kosmo Online.png


KUALA LUMPUR - Syarikat barangan elektrik terkenal di Malaysia, Haier Electrical Appliances Sdn. Bhd. akan mengadakan siri jelajah kebeberapa negeri ‘ bagi memperkenalkan produk pintar kepada para pelanggan.


Jelajah yang diberi nama 'Jelajah Kembara Serantau Haier’ itu adalah untuk memberi pengalaman sebenar kepada para pelanggan supaya mereka dapat mengetahui teknologi, kualiti dan gaya hidup yang menarik di rumah mereka.


11April_Kosmo Online_TV.png

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Shi ZhiYuan berkata, jelajah tersebut ingin melibatkan pelanggan dalam kehidupan berinovatif dengan menyediakan platform untuk produk dan perkhidmatan syarikat kepada jenama Haier.


“Jenama elektrik nombor satu dunia ini akan meneruskan langkah industri perkakas rumah yang sedang memasuki zaman baharu iaitu ‘rumah pintar’ dimana semua peralatan rumah berasaskan digital.


Pihak kami akan menunjukkan demonstrasi secara langsung kepada pelanggan dan membantu mereka untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan produk pintar yang diperkenalkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Jelajah Kembara Serantau Haier di Pusat Membeli Belah One Utama dekat sini hari ini. 


Jelajah Kembara Serantau Haier akan diadakan di tiga lokasi utama iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Jelas ZhiYuan, sebanyak tujuh produk pintar yang diperkenalkan antaranya peti sejuk, icebar, penyejuk beku, mesin basuh, penghawa dingin, televisyen dan peralatan dapur.

11April_Kosmo Online_WM.png


"Haier akan terus membuat pembaharuan dan berkhidmat untuk pengguna dengan pelbagai jenis perkakas rumah dengan lebih baik dari semasa ke semasa, "katanya. - K! ONLINE